Sorter Kontrak Sepenuh Masa (Batu Caves Hub)

Type: Contract     Category: Factory
Share job on Facebook

Job Description

Diperlukan Segera: Sorter Sepenuh Masa di Batu Caves Hub (kontrak boleh diperbaharui setiap 3 bulan)

Majikan: Synergy Staffing Sdn. Bhd. 201301016717 (1046550-A)

Lokasi Kerja: No 3, Lorong Perusahaan 4, Taman Industri Kimpal, Batu Caves, 68100 Selangor

Skop Kerja:
Menyusun, mengimbas, dan mengatur bungkusan. Mengendalikan barang ringan dan berat di gudang. Mematuhi prosedur keselamatan dan operasi.

Waktu Bekerja:

6 hari seminggu
Minimum 9 jam/hari (termasuk 1 jam rehat)
Sehingga 12 jam dengan kerja lebih masa
Mesti mampu bekerja pada syif 3 pagi.

Gaji & Faedah:

Asas: RM1,800/sebulan + Elaun Kehadiran: RM400 (akan diberikan jika tiada cuti sakit/cuti kecemasan)+ OT: RM12.98/jam
Tuntutan Perubatan: Sehingga RM100/sebulan (dengan MC)
Gaji dibayar pada hari ke-7 setiap bulan, slip gaji melalui e-mel
Kontrak 3 bulan akan disambung jika anda boleh bekerja mengikut peraturan

Syarat Memohon:

Warganegara Malaysia (Lelaki sahaja)
Umur 20–45 tahun
Pengalaman berkaitan dalam gudang/penyusunan diperlukan
Tidak sedang bekerja, mampu komitmen sepenuh masa
Sihat dari segi fizikal & mental
Tiada masalah untuk bekerja shift 3 pagi (kerja 9jam atau jika perlu kerja lebih masa adalah 12 jam sehari dengan kadar overtime di atas)
Tiada masalah untuk melaksanakan skop kerja tanpa sebarang alasan.

Cara Memohon: WhatsApp kepada kami resume & screenshot iklan jawatan kosong ini di +601167640910

Send application or enquiry to