Syarat Kelayakan:
- Minimum SKM atau Diploma dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak
- SPM dengan sijil PERMATA/KAP
- Sijil CPR dan Pertolongan Cemas (bonus)
- Sijil pengendalian makanan
Pengalaman
- SPM dengan sekurang-kurangnya 1 tahun pengalaman bekerja dengan kanak-kanak, sama ada secara profesional atau sebagai sukarelawan, sangat diutamakan.
- Latihan atau pengalaman menguruskan kanak-kanak berkeperluan khas (jika berkenaan).
Ciri Peribadi
- Kemahiran komunikasi yang baik untuk berinteraksi dengan kanak-kanak, ibu bapa, dan rakan sekerja.
- Pengetahuan asas tentang standard kesihatan dan keselamatan dalam persekitaran penjagaan kanak-kanak.
- Bersifat penyayang, penyabar, dan penyantun.
- Ketahanan fizikal, kerana peranan ini memerlukan penglibatan aktif dan mengangkat kanak-kanak.
- Boleh dipercayai, bertanggungjawab, mampu bekerja secara berdikari atau dalam kumpulan.
- Sikap positif dan minat mendalam dalam bekerja dengan kanak-kanak.
- Kebolehan bermain alat muzik adalah satu kelebihan.
Keperluan Keselamatan dan Kesihatan:
- Semakan latar belakang dan pelepasan untuk bekerja dengan kanak-kanak.
- Pelepasan perubatan untuk memastikan kemampuan fizikal dan emosi bagi melaksanakan peranan.
Skop Kerja:
- Pengawasan dan keselamatan kanak-kanak.
- Memudahkan aktiviti pendidikan dan permainan.
- Penjagaan rutin kanak-kanak.
- Menyokong perkembangan emosi dan sosial kanak-kanak.
- Berkomunikasi dengan berkesan bersama ibu bapa dan kakitangan.
- Mengekalkan persekitaran yang bersih dan selamat.
- Mengikuti perkembangan profesional dan menunjukkan kepimpinan.
- Menyokong kanak-kanak berkeperluan khas, jika berkenaan.
Lokasi: Kota Kinabalu Industrial Park, Industrial Park, Kota Kinabalu, Sabah.
Julat Gaji: RM 1,000.00 to RM1,700.00